top of page

VISI

Memberi latihan berterusan yang berkualiti, kemas kini dan berterusan ke arah meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan

MISI

Memberi latihan dan pendidikan berkualiti dalam melaksanakan sistem pendidikan guru yang berkualiti kepada staf akademik, staf bukan akdemik, guru-guru dalam perkhidmatan untuk melahirkan insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, berterampilan, dinamik dan inovatif bagi merealisasikan aspirasi KPM dalam menyesuai dan memperkembangkan diri  terhadap perubahan-perubahan terkini dalam dunia pendidikan

OBJEKTIF

 

  1. Merancang kursus bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran profesionalisme pensyarah untuk perkembangan potensi kendiri secara menyeluruh dan berterusan selaras dengan aspirasi negara,

  2. mengadakan kursus motivasi untuk semua staf bagi meningkatkan produktiviti kerja masing-masing dalam  memantapkan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum pendidikan guru.

  3. menanam sikap positif dalam kalangan semua pensyarah dan staf sokongan supaya mutu kerja dapat dipertingkat,

  4. meningkatkan  kerjasama  pensyarah-pensyarah dan staf sokongan dalam melaksanakan tugas dan mengukuhkan  semangat kerja berpasukan yang berintegiriti.

  5. mendedahkan pensyarah kepada isu-isu dan kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam  memperkasakan budaya ilmu untuk menghadapi cabaran semasa.

  6. memberi peluang kepada setiap pensyarah dan staf  mengikuti kursus, seminar atau bengkel bagi meningkatkan    keupayaan diri dan memantapkan peningkatan kepimpinan pedagogi masing-masing.

bottom of page